Isnin, 11 Mac 2013

FAKTA

1. Tahukah anda apabila
350ml air yang diambil dari
sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek
yang mengandungi 150ml air
suling dan dibiarkan
terdedah kepada nyalaan api
bersuhu 100 darjah celcius
akan menghasilkan satu
cecair yang dinamakan air
masak.

2. Percayakah anda yang air
sirap merupakan salah satu
bahan asas dalam pembinaan
sebuah helikopter. Ini kerana
kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter
memerlukan air sirap untuk
menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter,
tanpa air sirap mungkin
helikopter tersebut tidak
dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang
dipandu selaju 220 km/j tidak
akan dapat memotong kereta
yang dipandu selaju 40 km/j
sekiranya kereta-kereta
tersebut dipandu dari arah
yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam
bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang
diterbitkan oleh Federico
Fellini
pada tahun 1960. Dalam
bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang
bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa
Razzi.

5. Tahukah Anda bendera
negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling
lama
digunakan di dunia lebih
lama daripada penggunaan
susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet
ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani.
Sebagaimana namanya
magnet
ialah besi yang berani
menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun
orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah
magnet.

7. Tahukah Anda cicak
memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan
memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya
lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak
akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa
seorang manusia normal
tidak boleh menyentuh
telinganya sendiri
menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung
dapat pulang ke sarangnya
walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu
kilometer daripada sarangnya
tanpa sesat atau silap
walaupun tanpa bantuan
kompas. Ini kerana setiap
sarang burung mempunyai
alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi
perkataan lempeng dan
tempeleng
adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi,
walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih
boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung
berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif
untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung,
api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak
membayar bilnya selama tiga
bulan.

12. Tahukah Anda orang
yang tidak pernah kisah
langsung
tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan
harta dunia ialah Orang
Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains
seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu
tindakbalas yang dinamakan
kekenyangan. Nasi ayam juga
boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan
hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja
oleh kawan.

14. Dan tahukah anda
bahawa hampir kesemua
pembaca blog ini telah
mencuba untuk menyentuh
telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe.......
Sentuh la telinga
korang dengan siku tu sampai la
kena ya....
Dah macam orang giler.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan